Nak menang hadiah wang tunai dan buku?

Mudah sahaja, baca buku-buku terbitan Alaf21, Buku Prima & Karya Bestari dan adik-adik berpeluang untuk memenangi hadiah.

Anugerah Ulat Buku Karangkraf

Hadiah-hadiah Untuk Sekolah Rendah
Tempat Pertama : Wang tunai RM1,000 dan buku kanak-kanak bernilai RM800
Tempat Kedua : Wang tunai RM500 dan buku kanak-kanak bernilai RM300
Tempat Ketiga : Wang tunai RM700 dan buku kanak-kanak bernilai RM500

Hadiah-hadiah Untuk Sekolah Menengah
Tempat Pertama : Wang tunai RM1,000 dan buku bernilai RM800
Tempat Kedua : Wang tunai RM700 dan buku bernilai RM500
Tempat Ketiga : Wang tunai RM500 dan buku bernilai RM300

Hadiah PENGHARGAAN
2 sekolah bagi setiap negeri dengan penyertaan terbanyak akan menerima sumbangan bahan bacaan bernilai RM500

peraduan membaca

FAQ: Anugerah Ulat Buku Karangkraf

Q : Apa itu Anugerah Ulat Buku Karangkraf?
A : Anugerah Ulat Buku Karangkraf adalah program anjuran Grup Buku Karangkraf dalam usaha menggalakan dan menyuburkan budaya membaca di kalangan pelajar sekolah.

Q : Siapa yang layak menyertai Anugerah Ulat Buku Karangkraf?
A : Anugerah ini terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah.

Q : Bagaimana caranya menyertai Anugerah Ulat Buku Karangkraf?
A : Mudah sahaja, cuma perlu membaca buku – buku atau novel – novel terbitan Alaf 21, Buku Prima dan Karya Bestari dan isi borang penyertaan .Hantar borang penyertaan ke alamat yang tertera di muka surat depan borang.

Q : Bagaimana caranya untuk mendapatkan borang penyertaan?
A : Anda boleh mengambil borang penyertaan di pejabat sekolah masing – masing atau pun muat turun terus dari laman sesawang seperti di bawah.

Q : Bagaimana jika ingin menghantar lebih dari 1 borang penyertaan?
A : Tiada masalah. Penyertaan lebih dari 1 borang penyertaan adalah amat di alu – alukan.Kepil kan borang – borang dan hantar pada alamat yang tertera di muka depan. Penyertaan dengan jumlah bacaan terbanyak akan di umumkan sebagai pemenang.

Q : Adakah buku atau novel terbitan penerbit buku lain di ambil kira?
A : Buku dan novel selain Alaf 21, Buku Prima dan Karya Bestari tidak di ambil kira.

Q : Bagaimana untuk mengetahui saya terpilih sebagai pemenang Anugerah Ulat Buku Karangkraf?
A : Anda akan di hubungi oleh pihak sekritariat Grup Buku Karangkraf untuk pemberitahuan. Nama pemenang juga akan di umum kan di lawan sesawang Kumpulan Media Karangkraf, Grup Buku dan di dalam Facebook Alaf 21, Buku Prima dan Karya Bestari.

Kempen bermula 1 Jun hingga 14 November 2014.

Maklumat lanjut: buku.karangkraf.com/aubk