FotoRaduan adalah sebuah peraduan fotografi di mana setiap bulan kamu akan di beri satu tema.
Setiap yang ingin menyertai mesti lah rakamkan gambar/imej berdasarkan tema yang telah diberikan.

Selepas selesai merakam, kamu dibenarkan untuk menambahkan kesan khas (edit la) supaya gambar tersebut dapat menarik hati aku, selaku juri utama. Kalau tak edit pun tak apa.
Sebarang typo/copy untuk menyokong foto tersebut adalah dibenarkan.
Saiz WIDTH foto mestilah tidak lebih dari 1000px.

Selepas siap dan berpuas hati dengan hasil kerja sendiri itu, kamu hendaklah tepek foto tersebut di blog/portal/website masing-masing dan ceritakan serba sedikit tentang foto serta masukkan link FotoRaduan bersama 🙂

Kemudian copy link entry blog kamu itu dan paste kan pada ruang komen di sini untuk tujuan penilaian juri.
Atau kamu boleh email kan LINK ke [email protected] dengan subjek FOTORADUAN #Jomblo

Penilaian adalah berdasarkan gambar siapa yang paling kreatif dan sejauh mana kamu mengolah pemahaman terhadap tema yang diberikan.
Setiap peserta dibenarkan menghantar SATU foto penyertaan sahaja.
Penyertaan yang diterima selepas tarikh tutup (21 OKTOBER 2011) tidak akan dilayan.

SILA RUJUK POSTER DI ATAS kalau nak tahu tema apa. Tema kali ini ialah JOMBLO.

By: Ladynoe