Hadiah tempat pertama bernilai hingga RM400. Hanya PENSEL WARNA SAHAJA YANG DIBENARKAN. Penyertaan hanya terbuka kepada kanak-kanak berumur 4 hingga 6 dan pelajar sekolah rendah sahaja.

SEMUA DIJEMPUT UNTUK MENYERTAI PERTANDINGAN MEWARNA AKHIR.

Kategori
Kategori A. Umur 4 – 6
Kategori B. Darjah 1 – 3
Kategori C. Darjah 4 – 6
Kategori D. Berumur 13 tahun dan ke atas (terhad kepada 100 orang sahaja)*

Syarat
Kategori D terbuka kepada umur 13 tahun dan ke atas termasuk ibu bapa peserta.

Pihak penganjur tidak akan menyediakan sebarang kerusi atau meja untuk para peserta.

Keputusan hakim adalah muktamad.

Cara Penyertaan
Bagi menyertai Pertandingan mewarna Akhir, sila isi borang penyertaan pertandingan dan faks ke 03-7873 0636 atau e-mel kepada urusetia@mypengguna.com.

Bagi penyertaan berkumpulan, sila dapatkan borang khas di laman HPM, www.mypengguna.com.

Tarikh tutup untuk pendaftaran penyertaan Pertandingan Mewarna Akhir pada 4 September 2014.

Sila ambil perhatian bahawa Pertandingan Mewarna Akhir dan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Kepenggunaan 2014 akan berlangsung di Kompleks Sukan Tenaga Nasional Berhad, Jalan Bangsar, Kuala Lumpur pada Sabtu, 6 September 2014.

Selain daripada pertandingan mewarna, terdapat aktiviti-aktiviti lain untuk semua lapisan masyarakat seperti demo Bomba, K9, Pertahanan Awam, Polis, pameran dan booth berinformasi pada hari tersebut.

Tarikh : 6 SEPTEMBER 2014 (SABTU)
Pendaftaran : 8.00 PG – 9.00 PG
Tempat : Kompleks Sukan Tenaga Nasional Berhad, Jalan Bangsar, Kuala Lumpur*

Hadiah-hadiah Pertandingan Mewarna Akhir (Wang Tunai)
Kategori A (Umur 4 – 6)
Hadiah Pertama RM300.00
Hadiah Kedua RM200.00
Hadiah Ketiga RM100.00
Hadiah Sagu Hati (x20) RM50.00

Kategori B (Darjah 1 – 3)
Hadiah Pertama RM400.00
Hadiah Kedua RM300.00
Hadiah Ketiga RM200.00
Hadiah Sagu Hati (x20) RM50.00

Kategori C (Darjah 4 – 6)
Hadiah Pertama RM500.00
Hadiah Kedua RM400.00
Hadiah Ketiga RM300.00
Hadiah Sagu Hati (x20) RM50.00

Kategori D (Berumur 13 tahun dan ke atas)
Hadiah Pertama RM300.00
Hadiah Kedua RM200.00
Hadiah Ketiga RM100.00
Hadiah Sagu Hati (x20) RM50.00

Maklumat lanjut: www.mypengguna.com/v6/index.php/mewarna-akhir
Laman utama: www.mypengguna.com