[color=#ff6600]\"Suria FM – Senyum dan Menang RM18,000.00 bersama Tuah Zoqarnain & Zizi\"[/color]

Selepas kemenangan Kak Imah memperolehi RM44,000, kini peluang untuk anda menang lagi wang tunai dalam breakfast@suria.
Kali ini \"Suria FM – Senyum dan Menang RM18,000.00 bersama Tuah Zoqarnain & Zizi\" memberi peluang untukanda menang wang tunai setiap hari dan \'grand prize\'.

Untuk peraduan "Suria FM – Senyum dan Menang RM18,000.00 bersama Tuah Zoqarnain & Zizi", apa yang anda perlu lakukan ialah:-

1. Mendengar Suria FM (breakfast@suria terutamanya) bagi mengetahui lokasi di mana Tuah Zoqarnain dan Zizi akan berada untuk mengambil gambar bersama anda di lokasi lintasan bermula 26 Mei 2009 sehingga 26 Jun 2009.

2. Jika anda sudah tahu di mana mereka akan berada, kejar dan ambil gambar bersama mereka bagi menyertai peluang untuk menang 'grand prize' yang ditawarkan iaitu hadiah utama wang tunai berjumlah RM10,000 (tempat pertama) dan RM5,000 (tempat kedua). Pemenang akan ditentukan berdasarkan 5 gambar kreatif yang terpilih dan undian pendengar menerusi web secara online pada mingguterakhir peraduan iaitu 29 Jun hingga 3 Julai 2009.

3. Bagi anda yang tidak berkesempatan mengambil gambar bersama Tuah Zoqarnain dan Zizi, anda boleh mengambil gambar anda bersama replika/banner "Suria FM – Senyum dan Menang RM18,000.00 bersama Tuah Zoqarnain & Zizi" yang ada gambar kedua penyampai ini, dan hantar gambar tersebut melalui e-mel ke:-
[email protected].

4. Replika"Suria FM – Senyum dan Menang RM18,000.00 bersama Tuah Zoqarnain & Zizi" juga akan diletakkan di:-

7 lokasi MYDIN:-

Mydin Wholesale Hypermarkat MiTC, Melaka
Mydin Wholesale Hypermarket USJ, Subang Jaya
Mydin Wholesale Hypermarket Kuala Terengganu
Mydin Wholesale Emporium Kota Bahru
Mydin Wholesale Emporium Kuantan
Mydin Mart Alor Star / Mydin Wholesale Emporium Penang

3 pusat beli-belah iaitu:-

Plaza Angsana – Johor Bahru / Plaza Alam Sentral – Shah Alam / Taiping Sentral – Taiping.
Lokasi Tarikh Replika Mula Dipamerkan
Mydin Wholesale Hypermarkat MiTC, Melaka
Mydin Wholesale Hypermarket USJ, Subang Jaya
Plaza Angsana – Johor Bahru
Plaza Alam Sentral – Shah Alam 29 Mei 2009 (Jumaat)
29 Mei 2009 (Jumaat)
29 Mei 2009 (Jumaat)
29 Mei 2009 (Jumaat)
Mydin Wholesale Hypermarket Kuala Terengganu
Mydin Wholesale Emporium Kota Bahru
Mydin Wholesale Emporium Kuantan 2 Jun 2009 (Selasa)
2 Jun 2009 (Selasa)
2 Jun 2009 (Selasa)
Taiping Sentral – Taiping
Mydin Mart Alor Star
Mydin Wholesale Emporium Penang 4 Jun 2009 (Khamis)
4 Jun 2009 (Khamis)
4 Jun 2009 (Khamis)

4. Bermula 1 Jun 2009, satu gambar akan di'upload' ke laman web www.suriafm.com.my dan pendengar hanya perlu menjawab satu soalan mudah yang akan ditanya oleh Tuah Zoqarnain dan Zizi dalam breakfast@suria setiap pagi berdasarkan gambar yang tertera. Setiap hari, wang tunai berjumlah RM100 ditawarkan.

5. Untuk menyertai dan memenangi hadiah wang tunai harian ini, pendengar terlebih dahulu perlu mendaftar secara online sebagai V.I.P. Suria FM. Hanya V.I.P. Suria FM yang telah berjaya mendaftar akan diberikan kata laluan bagi mengakses laman khas untuk melihat gambar yang terpilih setiap hari untuk menjawab soalan harian.

6. Sila daftar sebagai V.I.P. Suria FM bagi membolehkan anda mendapat maklumat terkini kami secara e-mel. Pertanyaan tentang "Suria FM – Senyum dan Menang RM18,000.00 bersama Tuah Zoqarnain & Zizi", sila e-mel ke [email protected].