JIKA anda inginkan tips untuk berjimat, mungkin anda boleh mencuba cara Kim Searle, 50, yang berasal dari Powys ini.

Penjual buku yang mengusahakan perniagaan secara talian bersama suaminya ini telah memasuki beratus-ratus pertandingan sejak tahun 1989 hingga kini.

Hasilnya, dia berjaya mengumpul pelbagai hadiah berjumlah lebih dari RM430,000 sejak itu.

Menurut Searle, dia menghantar hampir 100 penyertaan untuk pelbagai pertandingan setiap hari dan antara hadiah kemenangan yang diterimanya ialah pakej percutian ke Australia, Disneyland dan Hawaii sehinggalah kepada barangan rumah.

Televisyen berskrin rata, permainan video, pakaian, gajet, hinggalah set bilik tidur juga antara hadiah yang pernah dimenanginya.

menang peraduan hidup senang

Dia juga tidak perlu memberi barangan dapur kerana hampir semua dipenuhi dengan hasil pertandingan yang disertainya seperti pembancuh kopi dan pembakar roti.

Memang bijak sekali cara Searle ini. Anda pun mungkin boleh cuba cara ini?

Sumber: http://mynewshub.my/2013/09/28/wanita-gian-masuk-100-pertandingan-setiap-hari